Sepasang Kekasih Ditahan Polis Kerana Dadah - Semasa | mStar

Sepasang Kekasih Ditahan Polis Kerana Dadah

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah Supt Abd Razak Md Zin (kiri) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas dalam dua tangkapan berasingan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Rabu.  -fotoBERNAMA
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah Supt Abd Razak Md Zin (kiri) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas dalam dua tangkapan berasingan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Rabu. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Polis menahan sepasang kekasih masing-masing berumur 23 dan 21 tahun di sebuah hotel di Jalan Putra di sini kerana disyaki mengedar dadah.

Pasangan tersebut ditahan kira-kira 5 petang Selasa di sebuah bilik hotel bersama tiga paket dadah dipercayai jenis heroin seberat 47 gram dengan nilai pasaran RM1,200.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Supt Abd Razak Md Zin berkata pemeriksaan air kencing pasangan yang berasal dari Alor Setar itu mendapati mereka positif dadah.

Tiada kes kesalahan lampau direkodkan terhadap pasangan itu dan mereka ditahan reman tujuh hari sehingga 15 Jan untuk siasatan lanjut, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Dalam kes berasingan, dua lelaki iaitu rakyat tempatan dan warganegara Indonesia berumur 25 dan 30 tahun ditahan polis di kawasan Plaza Taman Jerai, Gurun, Isnin lepas kira-kira 1.20 tengah hari kerana dipercayai mengedar dadah.

Abd Razak berkata pemeriksaan awal terhadap kereta Proton Perdana yang dinaiki kedua-dua lelaki tersebut menjumpai 448 gram dadah dipercayai heroin dan lima paket dadah dengan berat 127 gram dipercayai syabu.

Beliau berkata dadah yang dianggarkan bernilai RM31,500 itu dijumpai di bawah alas kaki bahagian depan dan belakang kereta tersebut.

"Kita turut menyita wang tunai RM1,030, sebuah laptop dan sebuah kereta Perodua Viva dipercayai digunakan untuk pengedaran dadah.

"Ujian air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah dan mereka direman selama tujuh hari sehingga 14 Januari ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain