suria

Pendengaran Rayuan Penjenayah Ala Samurai Ditangguhkan

Permohonan Muhdalena Ahmad, 28, yang didakwa mengamuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di hadapan Pejabat Perdana Menteri pada Julai tahun lepas, untuk runding akuan bersalah akan ditentukan Rabu. Muhdalena dari Kota Damansara, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis bantuan Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada 2.30 petang 9 Julai tahun lepas. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan seorang wanita yang mengamuk dengan pedang samurai di luar bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditangguhkan ekoran keadaan kesihatan kurang baik peguam yang mewakilinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Shah Reza Noor Azman memberitahu mahkamah bahawa peguam Muhdalena Ahmad, M. Visvanathan, mengambil cuti perubatan.

Muhdalena, 28, dituduh melakukan ugutan jenayah terhadap seorang anggota polis, memiliki pedang, dan dua tuduhan tambahan di bawah Kawasan Perlindungan dan Tempat Larangan 1959.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Kompleks B JPM di sini kira-kira pukul 2.30 petang pada 9 Julai tahun lalu.

Artikel Lain