Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Ahli Perniagaan Untuk Semakan - Semasa | mStar

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Ahli Perniagaan Untuk Semakan

PUTRAJAYA: Ahli perniagaan Tang Hak Ju pada Selasa gagal dalam usahanya untuk melakukan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan bayaran ganti rugi RM28.6 juta yang diberikan kepadanya bagi kehilangan keuntungan dan nama baik berhubung urusan tanah.

Tang memohon semakan itu atas alasan wujud keadaan berat sebelah kerana Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, seorang daripada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, adalah penasihat undang-undang negeri Pulau Pinang dan bekas anggota Jawatankuasa Tanah Pulau Pinang pada ketika itu, yang mencadangkan Exco Pulau Pinang meluluskan permohonan Tang untuk diberi hak milik tanah yang dipertikaikan itu.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, yang mengetuai panel lima anggota Mahkamah Persekutuan semasa menolak permohonan Tang bagi semakan, memutuskan fakta kes itu tidak membolehkan campur tangan mahkamah sebagaimana ketetapan Peraturan 137, Mahkamah Persekutuan 1995.

Panel itu yang turut dianggotai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Zainun Ali memerintahkan Tang membayar RM20,000 bagi kos perundangan.

Dalam hujahannya sebelum itu, peguam yang mewakili Tang, Datuk Bastian Vendargon berkata Alizatul perlu memaklumkan kepentingannya sebelum mendengar rayuan itu. Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili responden iaitu Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Pendaftar Hakmilik Tanah Pulau Pinang dan Pentadbir Tanah Daerah Seberang Prai Tengah, bagaimanapun berhujah bahawa Alizatul tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah yang mencadangkan Exco memberikan hak milik bagi tanah itu.

Tang memfailkan saman itu selepas responden, yang sebelum itu memberi kelulusan kepadanya bagi hak milik tanah seluas 4.3 hektar di Seberang Prai bagi kegiatan kuari, kemudiannya membatalkan geran itu.

Pada 4 Oktober, 2005, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan bayaran ganti rugi itu kepada Tang atas hilang keuntungan, perbelanjaan membazir dan hilang nama baik yang mana kuantum akan ditaksir oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi.

Ganti rugi itu membabitkan RM28.24 juta bagi kehilangan keuntungan, RM658,271 (perbelanjaan pembaziran), RM450,000 (kehilangan nama baik) dan faedah lapan peratus, yang kesemuanya berjumlah kira-kira RM40 juta.

Namun pada 11 Januari, 2012, Mahkamah Rayuan mengetepikan ganti rugi RM450,000 atas kehilangan nama baik dan mengurangkan jumlah ganti rugi bagi perbelanjaan pembaziran kepada RM481,785, selepas responden merayu terhadap kuantum itu.

Mahkamah itu juga memerintahkan Tang supaya memulangkan semula kira-kira RM14.09 juta daripada jumlah RM14.67 juta yang dibayar sebelum itu oleh pihak responden berikutan perintah Mahkamah Tinggi.

Mahkamah juga memerintahkan perkara itu dirujuk semula kepada timbalan pendaftar untuk pentaksiran semula.

Pada 7 Mei tahun lepas, Tang gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain