suria

Lorong Lebuh Raya Sprint Tutup Dua Bulan Sebelah Malam

KUALA LUMPUR: Lorong sebelah kiri (arah ke Petaling Jaya) di Lebuhraya Sprint akan ditutup pada sebelah malam selama dua bulan mulai 11 Januari ini bagi memudahkan kerja memasang peralatan kemudahan di kawasan terbabit.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataannya pada Rabu berkata penutupan laluan pada jarak 350 meter itu selari dengan Jalan Medang Serai dari persimpangan Jalan Batai Barat sehingga selepas persimpangan Jalan Medang Tanduk.

"Penutupan laluan akan dibuat secara berperingkat-peringkat pada sebelah malam dari pukul 11 malam hingga ke 5 pagi sehingga 11 Mac depan.

"Penghadang keselamatan, pagar dinding dan kon trafik akan diletakkan di kawasan terlibat dengan kerja berkenaan untuk memastikan keselamatan pengguna jalanraya dan pejalan kaki," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pasukan bantuan kecemasan juga akan ditempatkan berdekatan kawasan tempat kerja dijalankan untuk memberi sebarang pertolongan.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut bolehlah melayari laman web www.kvmrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my, twitter.

Artikel Lain