suria

Tahanan Lolos: Polis Minta Penduduk Tasek Gelugor Tidak Bimbang

Seorang anggota polis membawa seekor anjing dalam operasi mencari tujuh banduan di Kampung Tun Sardon di Tasek Gelugor, Selasa. Polis Pulau Pinang mengerahkan 120 anggotanya bagi memburu tujuh tahanan yang meloloskan diri selepas merampas van polis di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, Isin. -fotoBERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang memperhebatkan usaha mengesan tujuh tahanan yang meloloskan diri daripada polis, Isnin terutama di kawasan Tasek Gelugor di sini.

Sehubungan itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi meminta penduduk di situ agar tidak bimbang dengan keselamatan mereka kerana polis juga meningkatkan rondaan selain mengadakan sekatan jalan raya di kawasan tersebut.

"Penduduk boleh terus menghubungi pihak polis jika melihat orang yang mencurigakan di kawasan mereka," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Dalam kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat polis pengiring.

Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi dipercayai melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda.

Sementara itu, penduduk Ara Kuda dan Kampung Tun Sardon di Tasek Gelugor di sini meluahkan kebimbangan mereka ketika ditemui Bernama.

Seorang daripada mereka Faridah Harun, 40, berkata beliau dan keluarganya kini hidup dalam ketakutan kerana bimbang penjenayah terbabit datang ke rumah mereka.

"Sebab itu saya tutup dan kunci pintu rumah setiap masa. Kami di sini harap sangat polis dapat tangkap semula secepat mungkin," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tun Sardon.

Menurutnya ekoran kejadian itu juga sebuah tadika di kawasan tersebut ditutup untuk sementara waktu dan semua murid termasuk anak lelakinya diarah pulang.

"Anak saya kata tak tahu bila sekolah akan dibuka," katanya.

Seorang warga emas Zainab Ismali,73, berkata anak-anaknya menghubungi beliau agar lebih berhati-hati.

"...semalam anak-anak telefon pesan kalau ada orang mai (datang) ketuk pintu jangan buka, depa (mereka) juga pesan kalau ada apa-apa telefon cepat-cepat," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain