suria

Rangka, Tengkorak Manusia Dengan Kesan Terbakar Ditemui Di Subang Bestari

Satu rangka manusia dengan kesan bakar ditemui dalam keadaan berasingan di tapak pembakaran sampah di kawasan projek perumahan banglo di Laman Permai, Subang Bestari, Selasa. Kelihatan dua anggota polis sedang meneliti rangka manusia yang dijumpai itu. -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Satu rangka manusia dengan tengkorak, badan dan kaki dipisah-pisahkan serta mempunyai kesan bakar ditemui di tapak pembakaran sampah di kawasan projek perumahan banglo di Laman Permai, Subang Bestari, Selasa.

Ketua Polis Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata rangka itu ditemui seorang pemaju perumahan kawasan berkenaan yang melalui kawasan itu.

Siasatan awal mendapati sebahagian daripada badan dan kaki ditemui masih mempunyai daging dengan kesan gigitan binatang, katanya ketika ditemui di tempat kejadian dekat sini.

"Kita percaya mangsa kemungkinan dibunuh dan dibakar di situ sejak tiga hari lepas.

"Kita juga menjumpai pakaian serta kasut milik mangsa yang separuh terbakar dan ia dipercayai milik seorang lelaki dewasa," katanya.

Junaidi berkata tiada sebarang pengenalan diri ditemui dan tiada sebarang laporan mengenai kehilangan orang sejak seminggu lepas.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain