suria

PM Lancar Bon, Sukuk Runcit DanaInfra

Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah menyaksikan pertukaran dokumen pada majlis pelancaran Bon Dagangan dan Sukuk (ETBS) dengan terbitan sukuk runcit sulung DanaInfra Nasional Bhd (DanaInfra) antara Pengerusi DanaInfra, Datuk Mat Noor Nawi (empat dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak di Bangunan Bursa Malaysia di sini, Selasa.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melancarkan Bon Dagangan dan Sukuk (ETBS) dengan terbitan sukuk runcit pertama DanaInfra Nasional Bhd (DanaInfra), iaitu kelas aset baru di Bursa Malaysia.

ETBS dilancarkan Najib yang juga Menteri Kewangan di Bursa Malaysia di sini.

Menurut beliau ia sekali gus meletakkan Malaysia sebagai peneraju utama dalam pasaran sukuk dunia.

DanaInfra memperuntukkan RM300 juta di bawah terbitan ini dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi membiayai fasa pertama laluan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh.

"Hari ini bidang pertama terbuka kepada pelabur runcit di bawah skim baru akan yang dikeluarkan. Sukacita juga saya umumkan dana yang diperoleh akan menyokong projek MRT," katanya.

Danainfra ditugaskan dengan memudahkan pembiayaan projek infrastruktur yang besar oleh kerajaan dengan MRT menjadi projek pertama.

Artikel Lain