suria

PM Ingatkan Penjawat Awam Supaya Fokus Dan Pastikan Belanjawan 2013 Terlaksana

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan penjawat awam supaya fokus dan memastikan Belanjawan 2013 terlaksana.

Perdana Menteri dalam mesej Twitter beliau pada Selasa, berkata ingatan itu disampaikannya ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Isnin.

"Menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam. Saya beritahu penjawat awam supaya fokus & pastikan #Bajet2013 terlaksana," katanya.

Pada perjumpaan bulanan pertama tahun 2013 dengan petugas Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di Putrajaya, Isnin, Najib menggariskan tujuh tumpuan yang harus diutamakan penjawat awam bagi meneruskan kejayaan dan kecemerlangan negara.

Antaranya ialah melaksanakan Belanjawan 2013 dengan lancar mengikut jadual. - BERNAMA

Artikel Lain