Sonamu: Polis T'Ganu Tempatkan Anggota Pantau, Ronda Kawasan Pantai - Semasa | mStar

Sonamu: Polis T'Ganu Tempatkan Anggota Pantau, Ronda Kawasan Pantai

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu akan menempatkan anggotanya di beberapa lokasi berisiko terutamanya di sekitar kawasan pantai peranginan bagi menjamin keselamatan orang ramai.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, langkah tersebut bagi mencegah sebarang insiden berikutan ramalan angin kencang dan laut bergelora berikutan tempias ribut tropika Sonamu akan melanda beberapa kawasan Pantai Timur pada bila-bila masa.

Selain itu, katanya rondaan berkala di kawasan terbabit akan ditingkatkan dan meminta orang ramai agar tidak panik dengan ramalan awal tersebut.

"Pihak polis akan sentiasa memantau kawasan pesisiran pantai serta merekodkan paras air. Jika ia melebihi paras bahaya, kita akan mengeluarkan amaran serta merta.

"Saya nasihatkan agar penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pantai sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta sentiasa mematuhi arahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Isnin.

Beliau turut memasihatkan orang ramai tidak panik dan tidak terpengaruh dengan khabar angin melalui Facebook dan blog mengenai dakwaan kononnya bandar raya Kuala Terengganu akan ditenggelami, jika kejadian itu melanda.

"Kita minta orang ramai jangan percaya dengan maklumat yang tidak sahih itu. Jika ingin mengikuti perkembangan ribut tersebut, bolehlah merujuk kepada laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mahupun menelefon mana-mana balai polis terdekat untuk maklumat," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini membenarkan kebanyakan pesakitnya yang tidak serius untuk pulang awal ke rumah sejak petang Ahad, berikutan kegusaran mengenai ribut berkenaan.

Ini berikutan lokasi hospital itu terletak berdekatan dengan pantai peranginan Batu Buruk di sini.

Pesakit dibenarkan pulang sejak 6.30 petang semalam dengan kebanyakan petugas hospital termasuk doktor bekerja lebih masa untuk memantau keadaan.

Tinjauan juga mendapati peralatan hospital di tingkat bawah dan tingkat satu HSNZ sudah dikemaskan dan pesakit yang kritikal dipantau dan akan dipindahkan jika berlakunya banjir lebih besar seperti diramalkan berlaku pada Isnin dan Selasa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain