Panel Tentukan Harga Telefon Mudah Alih Pintar Diwujudkan - Rais - Semasa | mStar

Panel Tentukan Harga Telefon Mudah Alih Pintar Diwujudkan - Rais

KUALA LUMPUR: Sebuah panel khas diwujudkan bagi menentukan nisbah harga telefon mudah alih pintar bagi mengelak penjual mengaut keuntungan secara berlebihan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, panel itu, yang dianggotai syarikat telekomunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan menentukan serta mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan.

"Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga akan memantau bersama panel itu untuk mengawal harga telefon mudah alih pintar itu," katanya ketika diminta mengulas mengenai rebat RM200 yang ditawarkan kepada belia.

Rais ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pertandingan Badminton Persahabatan D'SURY dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Dewan Badminton, Istana Negara lama di sini.

Jemaah Menteri bersetuju untuk memansuhkan had maksimum RM500 bagi pembelian telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia yang bermula pada 2 Januari.

Sebelum ini, antara syarat bagi membolehkan belia berumur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kasar di bawah RM3,000 ialah mereka hanya dibenarkan untuk membeli telefon pintar yang berharga di bawah RM500 sahaja (sebelum rebat).

Rais berkata, langkah ini bertujuan memberi keadilan kepada semua pihak dan berharap bilangan belia yang mendaftar untuk mendapatkan rebat itu yang bermula sejak 1 Januari lalu akan meningkat menjelang tempoh tamat pendaftaran pada 31 Januari.

"Setakat ini, lebih 10,000 belia telah mendaftar untuk membeli dan KPKK mengharapkan bilangan meningkat dalam tempoh yang singkat, bergantung kepada kemampuan dan keperluan masing-masing," katanya.

Ketika ditanya mengapa golongan belia perlu mendaftar secara dalam talian, Rais berkata:

"Apa salahnya dengan pendaftaran. Ini satu daripada cara pihak berkuasa mengumpul semak data dan memaklumkan kepada industri telekomunikasi, mengenai berapa orang yang ingin membeli dan memenuhi permintaan pasaran. Ini bukanlah sesuatu yang kami lakukan untuk merumitkan keadaan."

Rais berkata, sekiranya golongan belia ingin menyuarakan pendapat atau pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dan juga menerusi laman web SKMM. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain