suria

Tiada Penularan Wabak Taun di Hospital JB

Gagal menahan emosi: Theng menangis pada sidang media di Baru sementara Ketua Pemuda DAP Johor Tan Hong Pin cuba menenangkan Theng. Beliau mendakwa berlakunya penularan wabak taun di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu yang menyebabkan kematian seorang daripada anak kembar perempuannya.

JOHOR BARU: Kerajaan negeri mengesahkan bahawa kematian seorang bayi di Hospital Sultanah Aminah adalah disebabkan oleh virus basilus gram-negatif.

Bayi perempuan seberat 1.62 kilogram itu meninggal dunia pada 26 Disember, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Dr Robiah Kosai, sambil menambah bahawa punca kematian adalah disebabkan oleh Klebsiella (sejenis bakteria berbentuk rod yang tinggal dalam mulut, kulit dan saluran penghadaman manusia dan haiwan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan tiada penularan wabak taub di hospital itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Pengurus pembangunan pelanggan, Jason Then Yoon Chao,26, mendakwa berlakunya penularan wabak taun di hospital itu yang menyebabkan kematian seorang daripada anak perempuan kembarnya.

Beliau berkata isterinya melahirkan bayi kembar perempuan pada 22 Disember lalu di Hospital Kulaijaya sebelum dipindahkan ke hospital berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua bayinya dilahirkan sihat dan telah dimasukkan ke wad biasa namun bayi sulungnya dijangkiti virus basilus gram negatif.

Artikel Lain