suria

Remaja Warga Asing Ditemui Mati Di Hotel

TAWAU: Seorang remaja warga asing ditemui mati di sebuah hotel bajet di Jalan Wing Lok di sini tengah hari, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata remaja itu yang dikenali sebagai Siti Nur Aishah Nuldin, 20, ditemui di dalam bilik air di sebuah bilik.

"Mayat mangsa ditemui terbaring dengan mulutnya berdarah. Polis mengklasifikasi kes itu sebagai kematian mengejut. Tiada unsur jenayah seperti pecah masuk (bilik) atau tanda pergelutan terhadap mangsa," katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi talian 089-752222 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA

Artikel Lain