suria

PM Ziarah Veteran Umno

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu meluangkan masa menziarahi seorang veteran Umno, Mohd Tahir Awang, 75, di Kampung Sri Damai, di sini.

Pada kunjungan selama 30 minit itu, Najib, yang iringi Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, turut menyampaikan sumbangan alat bantuan pernafasan kepada Mohd Tahir yang mengalami masalah pernafasan dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Mohd Tahir, yang memegang jawatan terakhir sebagai Setiausaha Umno cawangan Sri Damai pada tahun 1988 hingga 1996, ketika ditemui pemberita kemudian, melahirkan rasa terharu dengan lawatan dan bantuan yang disampaikan oleh Najib.

"Tak dapat nak cakap betapa gembira saya dapat jumpa Perdana Menteri hari ini (Sabtu)...saya juga berasa bersyukur sebab akhirnya dapat memberikan sendiri sepasang tongkat kepada beliau yang saya buat sendiri," katanya.

Katanya, jika masih sihat dan berupaya beliau pasti akan menyertai kempen bagi menyatakan sokongan padu kepada Umno menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Tapi sekarang ni saya hanya mampu mendoakan yang terbaik dan semoga Umno terus maju jaya dan BN (Barisan Nasional) menang pada pilihan raya nanti, " katanya. - BERNAMA

Artikel Lain