suria

Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu Menurun

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kelantan dan Terengganu setakat 4 petang ini (Sabtu) menurun kepada 43 orang berbanding 47 pagi Sabtu.

Menurut Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara mangsa di Kelantan menurun kepada 22 orang berbanding 26 orang ditempatkan di pusat pemindahan di Pasir Puteh.

Manakala mangsa di Terengganu masih kekal sejak pagi Sabtu iaitu 21 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir Surau Kg Nyatuh, Setiu.

Jumlah korban banjir di Terengganu masih kekal enam orang setakat ini. - BERNAMA

Artikel Lain