suria

Majlis Raja-Raja Ucap Takziah Atas Pemergian Kanang

KUCHING: Majlis Raja-Raja pada Sabtu menyampaikan ucapan takziah kepada Datin Brawang Chunggat, balu Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau atas pemergian pahlawan negara itu.

Warkah ucapan takziah itu diutuskan kepada isteri mendiang menerusi surat pada Sabtu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan kepada Bernama berkata isi surat tersebut antara lainnya berkata pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada isteri dan keluarga mendiang, tetapi turut dirasai masyarakat, negeri dan negara juga.

"Pengorbanan dan keberanian mendiang tidak syak lagi akan ditulis dengan tinta emas dalam lembaran sejarah negara. Jasanya akan dikenang sepanjang zaman dan pasti menjadi tauladan dan ransangan kepada semua anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Akhir kata di dalam warkah itu, berharap agar isteri dan keluarga mendiang bersabar dengan pemergian perwira negara itu dan harus berasa bangga dengan sumbangan besar mendiang terhadap kesejahteraan masyarakat dan negara. - BERNAMA

Artikel Lain