suria

Lelaki Hilang Di Sungai Mandagu, Beluran Belum Ditemui

BELURAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas di Sungai Mandagu di sini belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin berkata operasi mencarinya hari ini belum menemui mangsa dan ia akan disambung Sabtu.

Mangsa dikatakan bersama tiga orang rakannya mencari lokan di sekitar sungai tersebut.

Ketua Polis Daerah Beluran, DSP V. Sivanathan berkata pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa semalam. -- BERNAMA

Artikel Lain