Kesilapan Pengiraan Undi Pengajaran Buat DAP - Nor Mohamed - Semasa | mStar

Kesilapan Pengiraan Undi Pengajaran Buat DAP - Nor Mohamed

BUTTERWORTH: Kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas, merupakan pengajaran kepada parti itu yang sebelum ini sering menjaja kelemahan Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata pindaan keputusan berikutan kesilapan itu yang sekaligus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC, juga menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan ia sebuah parti pelbagai kaum.

"Memang mereka mengakui kesilapan, manusia tidak lari dari membuat silap, tetapi yang sedihnya apabila berlaku kesilapan pada pihak BN riuh sekampung dijajanya, bukan sehari tetapi berhari-hari. "Mereka tidak tahu kira walaupun tidak sampai 2,000, budak darjah empat pun tahu kira. Ini Tuhan nak tunjuk," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan wang ehsan kepada 36 peniaga melibatkan peruntukan sebanyak RM48,000 di sini, Sabtu.

Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember, dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi. Dalam perkembangan lain, Nor Mohamed berkata kerajaan pusat terus komited dalam usahanya memastikan rakyat dapat menikmati agihan keuntungan yang diperoleh setiap tahun.

"Agihan keuntungan ini dibahagi menerusi pelbagai program dan sumbangan yang disampaikan terus kepada rakyat. Ini usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat hidup selesa dan mengembangkan ekonomi keluarga," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KLIA2 Dijangka Siap Pada Mei - PM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain