Jangan Mudah Terpedaya Dengan Sandiwara DAP - Semasa | mStar

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Sandiwara DAP

SHAH ALAM: Orang Melayu diminta supaya tidak mudah terpedaya dengan sandiwara politik DAP yang seolah-olah cuba menarik semula sokongan kaum itu dengan mengumumkan berlakunya kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatan Kuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu Disember lalu.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi berkata pengumuman mengenai kesilapan itu oleh DAP semalam menimbulkan banyak persoalan kerana sebelum ini keputusan pemilihan CEC yang diadakan Disember lepas menyaksikan tiada calon Melayu terpilih menjadi anggota jawatankuasa itu apabila tidak memperoleh sokongan daripada 2,600 perwakilan DAP.

Selepas pemilihan itu, DAP kemudiannya mengumumkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari sebagai anggota CEC dilantik yang mendapat kritikan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tindakan untuk mengambil hati ahli-ahli Melayu di dalam parti itu.

Budiman berkata ekoran daripada keputusan pemilihan CEC itu, DAP menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuklah dilabelkan sebagai sebuah parti yang tidak demokratik, cauvinis dan perkauman.

Bagaimanapun, pada Sabtu DAP seolah-olah cuba membuat 'pusingan U' dengan mengumumkan wujudnya kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan tahun lepas dan ini sekaligus menyaksikan calon Melayu kembali mendapat tempat dalam jawatankuasa itu, katanya ketika dihubungi.

"Kita persoalkan apakah pengumuman salah pengiraan undi ini satu perkara yang sengaja dirancang oleh DAP sebagai satu helah untuk mengembalikan sokongan orang Melayu dengan menggambarkan parti itu sebagai demokratik selain memberi peluang kepada semua kaum untuk menjadi pemimpin," katanya.

Hakikatnya sejak DAP diwujudkan 47 tahun lepas sehinggalah ke hari ini, parti itu hanya didominasi oleh satu kaum sahaja dan tidak banyak ruang kepada kaum lain terutamanya orang Melayu," katanya.

Budiman juga meminta rakyat di negara ini khususnya orang Melayu supaya tidak menjadikan DAP bersama-sama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang sebagai sebuah parti yang boleh diharapkan untuk memimpin negara ini.

Jika rakyat memilih DAP, PKR dan PAS, ia tidak akan membawa apa-apa manfaat melainkan hanya mendatangkan kemudaratan yang besar kepada mereka khususnya dalam memelihara keharmonian antara kaum di negara ini, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain