Tujuh Kereta Tertimbus Tanah Runtuh Di Putra Heights, Subang Jaya - Semasa | mStar

Tujuh Kereta Tertimbus Tanah Runtuh Di Putra Heights, Subang Jaya

Keadaan tanah runtuh di Putra Heights, Subang.
Keadaan tanah runtuh di Putra Heights, Subang.

KUALA LUMPUR: Tujuh buah kenderaan melibatkan lima kereta, satu van dan sebuah motosikal tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Persiaran Putra Bahagia berhampiran Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini, Khamis.

Bagaimanapun lapan pengguna kenderaan terlibat dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata banjir lumpur berlaku di laluan itu akibat daripada runtuhan tanah daripada Bukit Cermin yang sedang dalam proses pembinaan rumah semi-D.

"Tanah tersebut runtuh kemudian memasuki ke dalam kolam takungan air yang berhampiran dan menyebabkan kolam itu pecah.

"Air dan campuran lumpur tersebut melimpah ke jalan raya yang mana jarak antara kolam dan jalan kira-kira 20 meter," katanya di lokasi kejadian.

Kenderaan-kenderaan yang pada mulanya tertimbus kemudiannya 'dihanyutkan' banjir lumpur itu dan pengguna-pengguna kenderaan itu dapat menyelamatkan diri, katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.12 petang dan sampai di tempat kejadian dua minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 6.05 petang.

"Kejadian tersebut berlaku 500 meter daripada Balai Polis Putra Heights," katanya.

Beliau berkata kerja-kerja pembersihan jalan raya sedang dilakukan dan diharap selesai pada tengah malam ini supaya orang ramai dapat melalui semula jalan tersebut.

Manakala, pihak pemaju projek perumahan tersebut Kingsley Hills Sdn Bhd, Tan Sri Barry Goh berkata pembinaan rumah tersebut bermula pada awal tahun lepas dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

"Kita mungkin terpaksa menghentikan projek pembinaan tersebut dan akan berbincang dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengenai tindakan seterusnya," katanya sambil menambah keluasan projek itu kira-kira 40.46 hektar.

Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie meminta semua kerja-kerja pembinaan di kawasan itu dihentikan sehingga satu kajian dibuat. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain