suria

Robert Phang Fail Saman Fitnah RM100 Juta Terhadap Bekas KPN

Bekas anggota Majlis Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Robert Phang bersama peguamnya S N Nair (kanan) sebelum memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jumaat. Dalam pernyataan tuntutannya, Phang mendakwa Musa mengeluarkan kenyataan yang memfitnah beliau dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh MyWatch pada Disember tahun lepas. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Tan Sri Robert Phang telah memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat melalui firma guaman Tetuan SN Nair & Partners.

Phang mendakwa Musa mengeluarkan kenyataan fitnah pada sidang akhbar yang diadakan oleh MyWatch yang secara tersirat menyifatkan beliau sebagai tidak jujur, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan terbabit dengan rasuah.

Beliau mendakwa perkataan Musa boleh membawa kepada pencemaran imej beliau.

Phang menuntut pampasan, ganti rugi teladan, dan lain-lain kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Artikel Lain