suria

RapidKuantan Lanjut Tempoh Tambang Percuma Sehingga April

PETALING JAYA: Syarikat pengangkutan awam terbaru di Kuantan, RapidKuantan akan meneruskan perkhidmatan bas secara percuma untuk tempoh empat bulan seterusnya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata perkhidmatan percuma yang dilancarkan pada 1 Disember tahun lepas telah menyaksikan peningkatan sokongan daripada orang ramai.

"Disebabkan permintaan awam dan sokongan yang menggalakkan, perkhidmatan percuma ini akan dilanjutkan dari 1 Januari hingga 30 April 2013," SPAD berkata dalam satu kenyataan, Jumaat.

Katanya, seramai 274,000 penumpang menaiki 32 buas bas ​​RapidKuantan bulan lepas, berulang-alik menggunakan tiga laluan di bandar sekitar Pahang.

Laluan tersebut adalah dari Kompleks Terminal Makmur ke Gambang, Perumahan Indera Mahkota 1 ke Telok Cempedak dan Kompleks Mahkamah Kuantan ke Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS).

Mulai 1 Mei, tambang RapidKuantan akan dikenakan mengikut jarak laluan.

Jarak perjalanan kurang daripada 20km akan dikenakan tambang RM2, manakala jarak yang lebih jauh akan dikenakan bayaran RM4.

Menurut SPAD, ini bermakna perjalanan Indera Mahkota 1-Teluk Cempedak dan Mahkamah Kuantan-laluan POLISAS hanya akan menelan kos RM2, kerana kedua-duanya mempunyai jarak kurang daripada 20km.

Jarak 41km di antara laluan Terminal Makmur-Gambang, bagaimanapun, akan menelan kos sehingga RM4.

Artikel Lain