suria

Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Makin Pulih

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu kini semakin pulih.

Menurut portal banjir negeri, jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan menurun kepada 38 orang setakat pukul 9 pagi Jumaat, berbanding 45 malam Khamis.

Daripada jumlah itu 15 masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh, berbanding 22 malam tadi, manakala jumlah mangsa banjir di Tanah Merah kekal 23 orang.

Cuaca dilapor mendung dan kadang kala hujan lebat.

Di TERENGGANU, portal banjir negeri melaporkan 21 mangsa yang masih berada di pusat pemindahan banjir di Surau Kampung Nyatuh, Setiu dijangka dibenar kembali ke rumah masing-masing petang ini, jika cuaca mengizinkan. - BERNAMA

Artikel Lain