suria

Anggota PPS Didenda RM3,000 Cederakan Wartawan, Rosakkan Kamera

GEORGE TOWN: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Lim Ah Chye, 52, kerana menyebabkan kecederaan kepada wartawan Ang Kean Siang, 32, dan merosakkan kameranya.

Pada 30 Disember, Ang telah membuat liputan kejadian yang disyaki kes bunuh diri dan telah diserang oleh dua anggota PPS yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pulau Pinang di Perak Lane, di sini.

Timbalan Ketua Bahagian Jenayah akhbar Guang Ming Daily itu mengalami kecederaan di bibir, dada, perut dan pangkal paha selepas dia ditumbuk dan ditendang oleh mereka di pusat operasi sementara unit tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata Lim didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan harta benda.

Artikel Lain