suria

Kanang Anak Langkau Meninggal Dunia

KENANGAN... Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi Khamis di Hospital Umum Sarawak. 
Beliau yang berusia 68 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung. 
-fotoBERNAMA
Gambar menunjukkan Kanang Anak Langkau menunjukkan pingat yang diterimanya semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Darat ketika ditemui di kediamannya pada tahun 2010. Ketika gambar ini diambil, Kanang merupakan satu-satunya penerima Pingat Seri Pahlawan dan Pingat Gagah Berani yang masih hidup. -fotoBERNAMA

KUCHING: Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), dipercayai akibat serangan jantung, jam 1.45 pagi Khamis.

Beliau mengadu sakit dada ketika menonton televisyen di kediamannya di Sg Apong sebelum pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.

Artikel Lain