suria

Enam Kereta Tertimbus Tanah Runtuh Di Putra Heights, Subang Jaya

Keadaan tanah runtuh di Putra Heights, Subang.
Keadaan tanah runtuh di Putra Heights, Subang.
Keadaan tanah runtuh di Putra Heights, Subang.

KUALA LUMPUR: Enam kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Seksyen 8, berhampiran Balai Polis Putra Height, Subang Jaya, Khamis.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kejadian itu dilapor berlaku pada pukul 6.12 petang.

"Sehingga kini maklumat yang diterima hanya melibatkan kenderaan yang tertimbus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sehingga kini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang. BERNAMA

Artikel Lain