Tiga Sekeluarga Ditemui Mati Di Pengerang - Semasa | mStar

Tiga Sekeluarga Ditemui Mati Di Pengerang

JOHOR BAHARU: Tiga sekeluarga ditemui mati di rumah mereka di Kampung Jawa, Pengerang dekat Kota Tinggi, di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 10 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, polis menemui mayat seorang lelaki berumur 60 tahun, isterinya yang berumur 57 tahun serta anak lelaki mereka yang berusia lingkungan 20-an di dalam bilik tidur rumah berkenaan.

Bagaimanapun polis tidak mendedahkan identiti mangsa.

"Terdapat bau asap di dalam rumah itu dan kita percaya sesuatu telah dibakar di dalam bilik itu bagi tujuan melemaskan diri," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Che Mahazan, isteri dan anak mangsa merupakan penghidap sindrom down.

Katanya, siasatan awal mendapati kematian tiga beranak itu tiada kaitan dengan unsur jenayah dan siasatan masih dijalankan.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain