suria

Mangsa Banjir Terengganu Kekal 41 Orang

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 41 orang di pusat penempatan banjir dua daerah sehingga 8.30 malam Rabu ekoran air banjir yang belum reda meskipun cuaca baik.

Menurut portal banjir negeri, daripada jumlah tersebut, 20 orang di Hulu Terengganu iaitu ditempatkan di Dewan Batu 24 sementara seramai 21 orang di Setiu, ditempatkan di Surau Kampung Nyatoh.

Mangsa-mangsa itu terdiri daripada lapan keluarga iaitu masing-masing empat di Hulu Terengganu dan di Setiu.

Jumlah korban banjir di Terengganu kekal enam orang. -BERNAMA

Artikel Lain