suria

Kehidupan Fantasi Bertukar Menjadi Realiti

Seramai 22 pasangan yang mengambil bahagian dalam majlis perkahwinan beramai-ramai mengabadikan gambar secara berkumpulan.
Seramai 22 pasangan yang mengambil bahagian dalam majlis perkahwinan beramai-ramai mengabadikan gambar secara berkumpulan.
Seramai 22 pasangan yang mengambil bahagian dalam majlis perkahwinan beramai-ramai mengabadikan gambar secara berkumpulan.

GEORGE TOWN: Lima tahun lalu, mereka memulakan kehidupan fantasi bersama-sama menerusi permainan Massively Multiplayer Role-Playing Game (MMORPG) berdasarkan sebuah novel popular di Internet.

Bermula sebagai pasangan dalam permainan secara online Zhu Xian atau turut dikenali sebagai Celestial Destroyer, Cyllace Wong dan Sharon Lai akhirnya menjalin hubungan cinta.

Pada Selasa, ahli perniagaan berusia 22 tahun dan penyanyi kelahiran Sarawak itu menjadi suami isteri dalam majlis perkahwinan beramai-ramai pada sambutan Tahun Baru yang turut disertai 22 pasangan di sini.

Mereka memberitahu telah diperkenalkan kepada permainan tersebut oleh seorang rakan.

"Selepas mengenali antara satu sama lain selama dua tahun, kami akhirnya berkahwin," kata Wong.

Ketika ditanya bagaimana mereka menjalin hubungan cinta jarak jauh, Lain berkata, kunci utamanya adalah kepercayaan.

"Selain itu, kami sering bertemu dalam tempoh tiga tahun perhubungan kami," katanya.

Satu lagi pasangan yang mengikat tali perkahwinan pada majlis itu adalah penganalisis sokongan jualan, Miguel Chong, 29, dan Pauline Chin, 27, berkata mereka mengenali antara satu sama lain selama 10 tahun sejak belajar di SMK Hamid Khan di sini.

"Pada waktu itu, dia (Chin) merupakan seorang pengawas dan saya sentiasa melanggar beberapa peraturan untuk mendekatinya," kata Chong.

Artikel Lain