suria

Jumlah Permohonan Bukan Melayu Sertai Sektor Awam Meningkat

PUTRAJAYA: Lebih ramai kaum bukan Melayu menunjukkan minat menyertai sektor awam, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, peningkatan sebanyak 77% dalam permohonan diterima daripada kaum Cina antara Jun hingga Disember tahun lalu berbanding tempoh sama pada 2011.

Daripada 631,692 permohonan yang diterima, sebanyak 11,848 diterima daripada kaum Cina pada separuh kedua tahun lalu.

"Berlaku peningkatan sebanyak 79% dalam permohonan dari komuniti India (dari 12,009 kepada 21,481 permohonan).

"Kaum lain, termasuk mereka dari Sabah dan Sarawak, turut menunjukkan peningkatan ketara iaitu dari 58,346 kepada 103,348 permohonan," kata Mahmood pada sidang media di ibu pejabat SPA di sini, Rabu.

Artikel Lain