suria

Dua Kuarters Terbakar Dekat Kuching

KUCHING: Dua buah kuarters pekerja Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar di Jalan Semenggok dekat sini separuh musnah dalam kebakaran pagi Rabu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, mereka menerima panggilan kira-kira 10.02 pagi dan segera menghantar dua jentera dari balai Siburan dan Tabuan Jaya beserta 16 anggota.

"Setibanya di tempat kejadian, api sedang merebak di kuarters berkenaan yang berstrukturkan kayu dan berkembar dua. Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 11.30 pagi," katanya.

Punca kebakaran sedang disiasat. - BERNAMA

Artikel Lain