suria

Banglo Jamaluddin Jarjis Akan Diroboh -Ikram

KUALA LUMPUR: Banglo milik Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang terletak di kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini akan dirobohkan 80 peratus.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) Mohd Taufik Haron berkata keputusan itu susulan kemunculan tanda-tanda pergerakan tanah di kawasan berhampiran.

Langkah itu juga bagi memberi laluan kepada pembinaan zon penampan untuk mengukuhkan cerun bukit, katanya ketika ditemui pemberita di kawasan tanah runtuh tersebut, di sini, Rabu.

Dalam kejadian pukul 10 malam pada Jumaat lepas itu, benteng konkrit yang dibina di lereng bukit setinggi 60 meter tersebut runtuh dan menjejaskan sebuah banglo serta mengancam keselamatan beberapa kediaman termasuk milik orang kenamaan.

Mengulas kerja merobohkan banglo yang rosak dalam kejadian itu, Mohd Taufik berkata setakat ini proses berkenaan sudah siap 80 peratus.

"Namun kita tidak menetapkan tarikh atau garis masa bila sebenarnya kerja- kerja merobohkan banglo itu siap sepenuhnya.

"Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti cuaca dam pergerakan tanah demi keselamatan pekerja," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain