Umur Persaraan: Tunggu Penjelasan Kementerian Sumber Manusia - MTUC - Semasa | mStar

Umur Persaraan: Tunggu Penjelasan Kementerian Sumber Manusia - MTUC

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta semua pihak menghentikan sebarang desakan mahupun permintaan mengenai umur persaraan minimum sektor swasta, sebaliknya, jika perlu, mendapatkan penjelasan dari Kementerian Sumber Manusia.

Presidennya Mohd Khalid Atan berkata dakwaan beberapa pihak sejak kebelakangan ini bahawa perlakanaan had umur persaraan kepada 60 tahun pada 1 Julai ini sebagai terlalu lambat dan bakal menimbulkan masalah kepada pekerja berusia 55 tahun adalah tidak benar.

"Pihak yang membuat dakwaan itu seharusnya meminta penjelasan dari kementerian dan tidak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan pada tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Mohamed Shafie BP Mammal hari ini yang menggesa kerajaan melaksanakan umur persaraan sektor swasta 60 tahun mulai hari ini (1 Januari). Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam dalam satu kenyataan pada Disember lepas berkata bahawa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang menetapkan umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun 2013. Subramaniam berkata bagaimanapun, majikan boleh menangguhkan pelaksanaannya sehingga 31 Disember 2013 dengan membuat permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia sebelum 28 Februari ini dan perlu disertai alasan yang munasabah.

Berpuas hati dengan keputusan itu, Mohd Khalid berkata MTUC juga menganggap langkah kementerian membenarkan majikan swasta memohon penangguhan itu sebagai sesuatu yang wajar. -BERNAMA

Artikel Sebelum

TPM Hadir Rumah Terbuka Tahun Baru KPKK, PPP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?