suria

Pengawal Keselamatan Ditahan Berikutan Peralatan Binaan Hilang

PADANG BESAR: Seorang pengawal keselamatan yang ditugaskan di tapak projek stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad Bukit Keteri dekat sini ditahan berhubung kes kehilangan pelbagai jenis peralatan binaan bernilai kira-kira RM27,000 di tapak projek itu semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros berkata, siasatan polis mendapati banyak keraguan daripada maklumat pengawal keselamatan itu menyebabkan dia ditahan untuk siasatan.

Beliau berkata, pihaknya telah mendapat perintah untuk menahan reman lelaki itu selama empat hari bermula pada Selasa.

Berdasarkan laporan awal, pengawal keselamatan itu mengadu telah mengesan setor yang menyimpan barangan itu telah diceroboh ketika dia melakukan rondaan sekitar jam 4 pagi semalam dan laporan dibuatnya kepada penyelia tapak projek itu lebih empat jam kemudian. -BERNAMA

Artikel Lain