suria

Penduduk Bukit Setiawangsa Bimbang Tentang Kecurian

KUALA LUMPUR: Penduduk Bukit Setiawangsa telah memaklumkan kepada polis mengenai cubaan mencuri di kediaman yang telah dikosongkan selepas tragedi tanah runtuh melanda kawasan tersebut, Jumaat lalu.

"Kami terdengar laporan bahawa terdapat beberapa orang lelaki menaiki sebuah lori di sini malam tadi cuba memasuki salah sebuah rumah. Namun, apabila ditanya mengenai identiti mereka, kesemuanya melarikan diri.

"Saya meminta polis dan DBKL supaya lebih waspada agar keselamatan harta benda kepunyaan penduduk di sini terjamin," kata Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yang rumahnya turut terjejas akibat tragedi runtuhan itu.

Beliau turut bertanya kepada polis apa yang boleh dilakukan penduduk untuk mendapatkan semula barangan kepunyaan mereka.

"Kebanyakan mereka perlu membawa bersama harta benda mereka kerana mereka mungkin perlu bekerja dalam masa terdekat dan anak-anak mereka perlu pergi ke sekolah," katanya.

Artikel Lain