suria

Nelayan & Rakan Maut Kereta Rempuh Tiang Lampu

KUANTAN: Seorang nelayan dan rakannya maut apabila kereta mereka terbabas dan merempuh tiang lampu di Jalan Tanjung Lumpur dekat sini awal pagi Selasa.

Nelayan tersebut Shahrizal Abu Bakar, 33, meninggal dalam perjalanan ke hospital manakala rakannya Wan Adnan Wan Mustafa, 23, meninggal di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 3.45 pagi itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta mereka yang datang dari arah pusat bandar menghala Tanjung Lumpur tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui selekoh dan terbabas ke kanan jalan lalu merempuh tiang lampu.

Seorang lagi rakan mereka yang memandu kereta Proton Wira itu yang berumur sekitar 20-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini. -BERNAMA

Artikel Lain