suria

Kerja Baik Pulih Puncak Setiawangsa Dijangka Selesai 31 Januari

Pemaju I& P terpaksa menggunakan jentera pengorek untuk merobohkan rumah banglo di Puncak Setiawangsa. - Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT MD DARUS
 Pemaju I& P terpaksa menggunakan jentera pengorek untuk merobohkan rumah banglo di Puncak Setiawangsa. - Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT MD DARUS
Pemaju I& P terpaksa menggunakan jentera pengorek untuk merobohkan rumah banglo di Puncak Setiawangsa. - Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT MD DARUS

KUALA LUMPUR: Kerja membaik pulih dan merobohkan banglo yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh di kawasan Puncak Setiawangsa Jumaat lepas dijangka selesai 31 Januari ini.

Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Zulhasnan Rafique berkata perkara itu dimaklumkan pihak pemaju semasa membentangkan program kerja pemulihan bagi menentukan tahap keselamatan kawasan bukit tersebut hari ini. "Kerja-kerja pemulihan tersebut sedang dijalankan dan keputusan membenarkan penduduk kembali ke rumah mereka akan dibuat oleh Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) selepas kerja pemulihan selesai pada penghujung bulan ini," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat bersama penduduk yang terlibat.

Beliau berkata satu mesyuarat akan diadakan antara pemilik lot kedai di Bukit Setiawangsa dan pemaju pada pukul 11 pagi, Khamis ini bagi membincangkan pelbagai isu.

"Kita mahukan isu-isu tersebut dimasukkan dalam memorandum Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang akan dihantar ke kabinet pada Rabu depan," katanya. Zulhasnan berkata kerjasama dan maklum balas yang diberikan penduduk terbabit adalah amat baik dan bagus.

Menurutnya kerja pemotongan cerun pula akan dilaksanakan selepas proses pemulihan tersebut selesai.

Ikram bersama Jabatan Cerun akan menentukan reka bentuk semula cerun yang bersesuaian dan beberapa buah rumah perlu dirobohkan untuk tujuan itu, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain