suria

Jelitawan Filipina Ratu Pelancongan Antarabangsa 2012

Gomez (empat dari kiri) dinobatkan selaku Ratu Pelancongan Antarabangsa 2012.
Gomez (empat dari kiri) dinobatkan selaku Ratu Pelancongan Antarabangsa 2012.
Gomez (empat dari kiri) dinobatkan selaku Ratu Pelancongan Antarabangsa 2012.

PETALING JAYA: Rizzini Alexis Gomez dari Filipina menewaskan 55 pesaing lain dari seluruh dunia untuk dimahkotakan sebagai Ratu Pelancongan Antarabangsa 2012 di ambang tahun baru di sini malam Isnin.

Ratu Pelancongan Antarabangsa 2011, Aileen Gabriella Robinson, 23, dari Malaysia menyerahkan mahkota kepada jelitawan Filipina berusia 22 tahun itu.

Gomez menerima biasiswa bernilai RM100,000 dari Limkokwing University of Creative Technology, wang tunai RM10,000, set barang kemas dan beberapa hadiah lain.

Turut hadir Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz. - BERNAMA

Artikel Lain