suria

Mayat Pelajar Ditemui Dalam Laut Bergelora

KUCHING: Pasukan mencari dan menyelamat terpaksa meredah laut bergelora kira-kira tujuh jam malam tadi sebelum berjaya menemui mayat pelajar lelaki yang dilaporkan hilang dibawa arus deras semasa berenang di pantai Kampung Siru Melayu, Sematan, Lundu, kira-kira 100km dari sini.

Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong berkata mayat Jesper Jong Yu Yu, 14, pelajar sebuah sekolah Cina di sini ditemui kira-kira 9 malam tadi selepas dilaporkan hilang pada kira-kira 2.20 petang Ahad.

"Kami menerima laporan tentang kejadian itu kira-kira pukul 2.20 petang dan pasukan mencari dan menyelamat telah berjaya menemui dua mayat pertama kira-kira sejam selepas memulakan operasi mereka," katanya ketika dihubungi Isnin.

Kedua-dua mayat itu telah dikenal pasti sebagai Ling Chok Liong, 78, dan Ting Kuo Liong, 69, katanya.

Wong berkata ketiga-tiga mangsa bersama-sama empat rakan lain yang merupakan anggota Gereja Methodist Kuching telah pergi berkelah di pantai tersebut sebelum kejadian itu berlaku. - BERNAMA

Artikel Lain