DBKL Keluarkan Peta Bencana Kawasan Kediaman Berisiko Tanah Runtuh - Semasa | mStar

DBKL Keluarkan Peta Bencana Kawasan Kediaman Berisiko Tanah Runtuh

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka mengeluarkan pada Jun depan peta bencana yang mengenal pasti kawasan tanah tinggi di Lembah Klang yang berisiko untuk didiami.

Menyatakan demikian, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya telah meminta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) menjalankan kajian mengenainya mulai Januari depan.

"Kita akan jalankan kajian dengan segera sebagai langkah keselamatan bagi kediaman yang sudah didiami mahupun yang bakal dibina (di kawasan tanah tinggi)," katanya kepada pemberita dekat lokasi kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini, Ahad.

Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tinjauan ke kawasan kejadian yang berlaku pada 10 malam, Jumaat lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad Phesal berkata peta bencana itu dapat menjadi panduan kepada pemaju perumahan dan penduduk bagi membolehkan mereka mengambil langkah keselamatan tertentu.

Ahmad Phesal menafikan dakwaan kononnya pemaju di sekitar Bukit Setiawangsa dan Puncak Setiawangsa membina kediaman tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata syarikat berkenaan telah mengikuti segala piawaian pembinaan dan keselamatan ketika membangunkan kawasan perumahan itu lebih 20 tahun lalu.

"Spesifikasi ini berubah dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kejadian bencana alam seperti ini, kita tidak boleh menunding jari kepada satu pihak kerana insiden seperti ini tidak dapat dijangka.

"Namun Bahagian Siasatan Cerun, Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca utama kejadian berdasarkan keadaan tanah dan struktur pembinaan oleh pemaju," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa pemaju diarah merobohkan segera sebuah banglo lereng bukit yang terjejas teruk dalam kejadian tanah runtuh itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain