suria

DBKL Mula Kerja Pembersihan Di Jalan Bukit Setiawangsa Esok

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulakan kerja pembersihan di Jalan Bukit Setiawangsa di sini yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh, Isnin.

Tinjauan Bernama malam Ahad mendapati DBKL giat menyiapkan peralatan jengkaut sejak 7 malam.

Terdapat beberapa kontena besar disediakan di kawasan itu untuk kerja mengangkut tanah serta serpihan dinding konkrit akibat runtuhan tanah di Puncak Setiawangsa pada Jumaat lepas.

Pihak bomba, polis dan DBKL dilihat berada di kawasan itu untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Kejadian tanah runtuh pada kira-kira 10 malam itu menyebabkan sebuah rumah banglo di lereng bukit rosak teruk manakala beberapa rumah lain berhampiran mengalami rekahan tanah.

Selain itu, penghuni rumah banglo di Puncak Setiawangsa serta rumah kedai dan rumah teres berhampiran telah diarah berpindah. - BERNAMA

Artikel Lain