Suri Rumah Maut Dipercayai Dipukul Suami Kerana Cemburu - Semasa | mStar

Suri Rumah Maut Dipercayai Dipukul Suami Kerana Cemburu

Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan pembunuhan seorang suri rumah di Kampung Alor Gelegah, Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah, pada Jumaat.
Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan pembunuhan seorang suri rumah di Kampung Alor Gelegah, Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah, pada Jumaat.

ALOR SETAR: Seorang suri rumah berumur 17 tahun maut selepas dipercayai dipukul suaminya akibat cemburu, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Alor Gelegah di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kedah, ACP Zakaria Ahmad berkata siasatan awal polis mendapati suri rumah itu yang bekerja sambilan sebagai pembantu kedai meninggal dunia selepas cedera akibat dipukul dengan objek tumpul dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu.

Katanya terdahulu suami isteri itu telah bertengkar sebelum kedua-duanya meninggalkan rumah dengan menaiki motosikal dan pulang kira-kira 20 minit kemudian diikuti seorang lelaki menaiki motosikal berasingan.

"Sebaik tiba di rumah, suami wanita itu dan lelaki tersebut bergaduh. Semasa pergaduhan itu suri rumah itu dipercayai terkena pukulan menyebabkan dia cedera," kata Zakaria kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian iaitu di rumah mentua suri rumah itu di sini Jumaat.

Katanya mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah-siasat.

Dalam perkembangan berkaitan polis telah menahan suami wanita itu yang berumur 26 tahun dan dua lagi lelaki berhubung kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Seorang jiran suri rumah itu yang enggan dikenali berkata dia dikejutkan neneknya kira-kira pukul 2 pagi selepas terdengar bunyi bising dari rumah ibu

"Saya bangun dan buka tingkap dan dapat dengar pergaduhan mereka. Saya dengar lelaki itu memaki hamun dan memukul isterinya. Saya juga dengar isterinya merintih sakit," katanya.

Katanya mereka kemudian keluar dengan motosikal dan pulang semula tidak lama kemudian dengan diikuti seorang lelaki menunggang motosikal.

"Sekali lagi mereka bergaduh dan suami wanita itu membawa isterinya masuk ke rumah dan tidak lagi terdengar bunyi bising," katanya. -- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.