suria

Pelatih PLKN Boleh Lapor Diri Lewat Sekiranya Terlibat Banjir

KUALA LUMPUR: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 10/2013 dibenarkan melapor diri lewat dari 3 Januari, sekiranya kawasan kediaman mereka terlibat dengan banjir.

Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), pelatih berkenaan boleh berbuat demikian dengan mendapatkan surat pengesahan daripada jawatankuasa pemindahan banjir, ketua kampung atau balai polis berdekatan.

Sementara itu, komandan kem yang terlibat dengan banjir diarah memantau dan melapor status kem masing-masing serta status Tempat Berkumpul Kemasukan Pelatih Kumpulan 1 Siri 10/2013 kepada Ibu Pejabat JLKN, katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Untuk maklumat lanjut, pelatih boleh menghubungi Ibu Pejabat JLKN di talian 03-40274747. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain