Murid Tahun Lima Maut Dilanggar Lori - Semasa | mStar

Murid Tahun Lima Maut Dilanggar Lori

KUANTAN: Seorang murid tahun lima maut akibat dilanggar lori ais ketika melintas di Kilometer 12 Jalan Jerantut-Paya Embun-Jerantut Feri dekat Kampung Lada, di Jerantut, petang Khamis.

Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa, Mohd Faizol Aidil Arzula, 11, dari Kampung Lada, Jerantut mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan kaki kanan.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, mangsa dilanggar semasa sedang melintas jalan secara tiba-tiba.

"Dipercayai mangsa secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan sebelum dilanggar lori muatan ais yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menuju ke Jerantut," katanya di sini Jumaat.

Katanya, pemandu lori yang berusia 30-an itu dipercayai tidak sempat membrek kenderaannya kerana jarak terlalu hampir.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan malam tadi, seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres yang membawa 40 penumpang di Kilometer 5 Jalan Bentong-Karak dekat Bentong.

Dalam kejadian 11.15 malam itu, Orang Asli terbabit, Karim a/l Sudin, 28, berasal dari kampung Lobak, Bentong maut di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda hilang kawalan semasa memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan bertentangan.

"Ekoran itu, mangsa telah bertembung dengan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Bagaimanapun, katanya pemandu bas dan penumpang bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain