suria

Kementerian Pelajaran Akan Wujudkan 25 Lagi Sekolah Berprestasi Tinggi

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mengumumkan sebanyak 25 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan diwujudkan tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 91 buah.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejumlah RM18.7 juta telah diperuntukkan untuk sekolah-sekolah berkenaan bagi menambahbaik kualiti pelajaran mereka.

Berdasarkan kejayaan 66 SBT sebelum ini, kerajaan bersetuju untuk meneruskan projek itu dari 2013 hingga 2015 dengan menyasarkan sebanyak 10 SBT setahun.

Ini bermakna, jika sekolah-sekolah tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan, bilangan SBT sekurang-kurangnya menjangkau 130 buah menjelang 2015,” katanya dalam ucapan di sini, Khamis.

Ucapan Muhyiddin dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed.

Artikel Berikut

Artikel Lain