suria

Penganggur Didakwa Curi RM500 Milik Tabung Masjid

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Khamis terhadap pertuduhan mencuri wang tabung masjid berjumlah RM500, Ahad lepas.

Muhamad Shahfadil Mizuar, 24, didakwa mencuri wang tabung milik Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala di sini pada 1.15 tengah hari di hari kejadian.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Suzarka Sahak menetapkan 4 Februai depan untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain