Dua Pekerja Kontrak Maut Tertimbus Runtuhan Tanah - Semasa | mStar

Dua Pekerja Kontrak Maut Tertimbus Runtuhan Tanah

SUNGAI PETANI: Dua pekerja kontrak maut akibat tertimbus tanah yang runtuh di tapak pembinaan taman perumahan Ambangan Heights di sini pagi Khamis.

Mereka ialah P. Morgan, 39, dan S. Saravanan, 25, yang ketika itu berada di dalam sebuah lubang sedalam 10 meter untuk memasang paip saluran kumbahan dengan dibantu majikan mereka, Ng Jun Chuan, 45, dan seorang lagi pekerja Ming Wei Toh, 51.

Ng tercedera dalam kejadian kira-kira pukul 10.3 pagi itu dan berjaya diselamatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Rosdi Ismail berkata sepasukan 13 anggota bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian telah mengorek runtuhan tanah itu dan menemui mayat Morgan pada pukul 12.10 tengah hari manakala mayat Saravanan ditemui lebih sejam kemudian.

Ming yang terselamat memberitahu pemberita bahawa tanah di tepi lubang saluran itu runtuh secara tiba-tiba.

"Saya yang berada di tepi tebing menjadi panik apabila runtuhan berlaku. Saya lihat tangan Morgan dan cuba menariknya keluar, namun gagal kerana tanah runtuh membawa dia terus ke bawah. Saya bagaimanapun sempat menarik keluar majikan saya," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?