SPRM Akan Siasat Tatacara Bantuan Kepada Mangsa Banjir - Semasa | mStar

SPRM Akan Siasat Tatacara Bantuan Kepada Mangsa Banjir

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat pengagihan bantuan kepada mangsa banjir bagi memastikan ia dibuat mengikut tatacara yang tepat.

Pengarah SPRM Pahang Moh Shamsuddin Yusof berkata berdasarkan siasatan terhadap bantuan itu, terdapat beberapa kelonggaran dan kes tersebut dirujuk kepada jabatan yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.

"Setiap tahun, Jabatan Audit Negara ada menegur mengenai bantuan banjir yang tidak mengikut tatacara yang tepat.

"Kita akan pantau kes jika ada aduan pihak yang layak terima bantuan tapi tidak terima, dan ada juga (kes) telah diberi bantuan tapi bantuan tidak sampai," katanya kepada pemberita Rabu.

Beliau berkata kebanyakan laporan yang diterima SPRM berkaitan bantuan adalah melalui surat.

Katanya, bantuan yang tidak diagih mengikut tatacara yang betul akan memberi implikasi kepada kerajaan dengan gambaran pengagihan tidak adil.

Sementara itu, Moh Shamsuddin turut memaklumkan berkaitan perpindahan pejabat SPRM Pahang ke lokasi baharu di Kompleks SPRM Bandar Indera Mahkota, Kuantan serta nombor telefon 09-5716 000 manakala talian lain masih menggunakan nombor lama. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sukar Cari Lim Keng Yaik Lain - PM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain