suria

Polis Tahan Tiga Remaja Samun Kedai Serbaneka Bersenjatakan Parang

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga remaja lelaki dalam tempoh 24 jam selepas mereka menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Tenaga, Cheras bersenjatakan parang pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata suspek yang berumur lingkungan 16 dan 19 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Cheras selepas merompak kedai 24 jam itu pada pukul 8 pagi.

"Mereka mengambil 12 botol arak, lima kotak rokok dan sejumlah wang tunai sebelum melarikan diri dengan dua motosikal," katanya kepada pemberita Rabu.

Beliau berkata sebaik menerima maklumat, polis memburu suspek dan berjaya menahan dua daripadanya berhampiran tempat kejadian pada 4.45 petang manakala suspek ketiga ditahan pada 1.40 pagi tadi berhampiran Jalan Ikan Emas.

Katanya, sebelum ditahan, suspek ketiga mencederakan seorang lelaki di Flat Sri Johor ekoran satu pergaduhan.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain