PM Sedia Dengar Pandangan Masyarakat Kristian - Semasa | mStar

PM Sedia Dengar Pandangan Masyarakat Kristian

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sentiasa terbuka untuk berkongsi harapan serta pandangan daripada masyarakat Kristian.

Perdana Menteri berkata meskipun semua menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara majoriti Islam, namun penganut agama Kristian di negara ini juga memainkan peranan penting dalam masyarakat di negara ini hari ini terutama di Sabah dan Sarawak.

"Sesetengah daripada kita tidak menyedari bahawa seorang daripada 10 rakyat Malaysia adalah penganut Kristian. Ini semua tercatat dalam sejarah kita yang pelbagai," katanya dalam entri terbaharu bertajuk "Selamat Hari Krismas Kepada Penganut Agama Kristian di Malaysia" dalam laman blognya www.1Malaysia.com.my di sini, Isnin.

Najib berkata Malaysia sangat bertuah kerana sentiasa berada dalam suasana aman dan harmoni meskipun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan agama dan segala yang dikecapi pasti tidak dapat dinikmati tanpa sebarang usaha secara bersama.

Beliau berkata sejak menjadi Perdana Menteri, beliau telah menekankan beberapa perkara termasuk konsep perpaduan menerusi semangat 1Malaysia serta Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM).

"Konsep ini bukan hanya mengenai dialog tetapi saya mahu ia menjadi kenyataan.

"Sebab itulah, saya melawat Pope Benedict XVI tahun lepas, sekali gus mewujudkan hubungan diplomatik secara rasmi dengan Vatican City. Saya sangat gembira dapat meluangkan masa secara peribadi bersama beliau dan kini mula mengikutinya melalui Twitter," katanya.

Satu lagi pencapaian yang dikecapi adalah apabila kerajaan membenarkan mana-mana penganut agama Kristian ke Jerusalem sekiranya mereka mahu menunaikan ibadat di sana.

Dengan perayaan Krismas yang hadir pada minggu terakhir setiap tahun, ia juga adalah masa terbaik untuk sama-sama menilai semula pencapaian sepanjang tahun ini serta merancang untuk masa depan.

"Saya akan menyentuh perkara ini dalam blog saya akan datang, katanya sambil mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia.

Esok, beliau akan menghadiri jamuan teh bersama masyarakat Kristian selain mendengar setiap pandangan daripada mereka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain