suria

Pemilik Pusat Snooker Mati Ditetak Dua Lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik pusat snuker maut ditetak dua lelaki dipercayai bersenjatakan parang di tapak parkir sebuah pusat membeli-belah di Pandan Indah, di sini Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Supt Nazri Nawawi berkata dalam kejadian pukul 4.45 petang itu mangsa lelaki berumur 40 tahun meninggal dunia di Hospital Pantai, Pandan Indah selepas dibawa oleh orang awam yang menyaksikan kejadian.

"Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan lengan kanan sebelum meninggal dunia, dan polis sedang mengesan dua suspek terbabit yang dipercayai melarikan diri menggunakan kereta," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Nazri berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil memberi kerjasama.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, saksi kejadian yang enggan dikenali berkata mangsa diserang oleh dua lelaki menggunakan senjata tajam sebaik saja keluar dari keretanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain